The Benda Boleh Bincang Show julkinen
[search 0]
Lisää
Download the App!
show episodes
 
Artwork

1
THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW

The Benda Boleh Bincang Show

Unsubscribe
Unsubscribe
Kuukausittain+
 
Welcome to the Official Benda Boleh Bincang Show Podcast Channel! MC/HOST • WRITER • VLOGGER 👉 FULL-TIME CONTENT CREATOR Contact: faizalmukhtar@gmail.com Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
  continue reading
 
Loading …
show series
 
Kehebatan bakatnya tersirat makna dan misteri yang mendalam. Mengagumkan malah memukau syahdu dalam puitis bait lirik dan lagu berjiwa rasa. Lebih berdekad lamanya merentas zaman, nama M.Nasir tetap abadi di puncak seni! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Di atas permintaan ramai serta sempena seminggu tayangan rasminya di pawagam, kami bawakan anda ulasan penuh FilemMat Kilau oleh Studio Kembara yang kini telah berjaya memecahkan rekod kutipan box-office terlaris sepanjang zaman di Malaysia.. dan masih terus meledak! Barisan Panelis Undangan: Comic Niezam | Syafiq Zulakifli | Fizlee Hafiz --- Suppo…
  continue reading
 
Selalunya sesudah seminggu Syawal berlalu, ramai yang sudah kembali bekerja dan berurusan rasmi seperti biasa. Terlalu banyak rasanya yang terbuku lalu terbenam di dalam hati sejak beraya, beraya dan terus beraya tak ingat dunia kan? Jom join The Benda Boleh Bincang Show untuk meluahkan segala pada malam ini bersama DJ bertugas dan ramai lagi tetam…
  continue reading
 
Selama ini co-moderator BBB telah beraksi dengan penuh komitmen. Dengan bulan puasa yang diharungi kala ini, tentunya pelbagai cabaran dan dugaan baharu tetap berlangsung. Persoalannya: Tidaklah bernama Zikril Hafiz jika tidak dengan rahsia dan muslihat tersendiri! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbinca…
  continue reading
 
Lama betul kita tak usik Gayour kan? Entah apa pula celoteh beliau untuk podcast ini. Katanya ada serangan dan ancaman tikus yang membuatkannya tidak senang duduk. Nak tau.. moh kita dengar ramai-ramai sekarang! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Is there such thing as a perfect superhero dalam dunia komik? Konsep pragmatik dan realistik ini sebenarnya banyak kelihatan dalam cerita-cerita yang kita baca namun mampukah ia kekal untuk dunia hari ini. Para panelis pada malam ini mungkin ada jawapannya! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/s…
  continue reading
 
Berjalan di taman tasik. Bersiar di shopping mall. Berpawagam di bioskop. Itu antara kelaziman apabila keluar berpacaran di kala dua merpati sejoli sedang hangat mengenal hati budi. Persoalannya: Apakah ada lagi rahsia luar biasa yang belum didedahkan untuk kita ketahui? 😲 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabo…
  continue reading
 
#SINEMASANASINI Sejak Super Mario Bros, Street Fighter, Mortal Kombat, Tomb Raider, Resident Evil, Hitman dan banyak lagi adaptasi game popular ke filem direalisasikan.. semacam masih ada rasa 'mixed feelings' di kalangan ramai peminat. Moh le kite cerita dan kongsi sama-sama, Yob! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/t…
  continue reading
 
Kini rata-rata peniaga kekurangan tenaga pekerja. Nyata ianya sangat mencabar demi menjalankan urusniaga. Jika dulu ramai mengeluh lambakan pekerja asing, sekarang sebaliknya terjadi. Mana pergi orang kita? Apakah endemik berjaya dihadapi jika pekerja tak cukup? Bilakah solusi akan ada bertemu kesudahannya? Speaker: Jazmi Jamal & Zikril Hafiz --- S…
  continue reading
 
Syabas sekali lagi semua kerana berjaya sampai ke penghujung sebuah musim bersiaran yang cukup menakjubkan. Sebagai penutup tirai Musim ke-4 kali ini, kita ada kejutan dalam kejutan dalam KEJUTAN YANG MENGEJUTKAN! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Kisah cinta Laila dan Majnun perlu dibaca secara tafsir dan takwil iaitu tersurat dan tersirat. Sekiranya kisah ini dibaca sepintas lalu pembaca akan merasakan seperti kisah percintaan antara seorang lelaki kepada wanita dan kegilaan lelaki tersebut untuk mendapatkan wanita yang dicintainya sehingga menjadikan dirinya gila atau tidak keruan! --- Su…
  continue reading
 
Selepas seminggu siaran sinema, maka akhirnya tibalah masa untuk kita mengulas secara serius dan spoiler segala yang terkandung menerusi pengalaman tontonan filem terbaharu, The Batman Grand Royal Rumble 3-Way Wrestling Showdown: Faizal Mukhtar x Fadhil Zubir x Zikril Hafiz 💥💥💥 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebe…
  continue reading
 
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada hari ini, mari kita imbas kembali angkatan aktres dan superstar sinema wanita yang mewarnai arena perfileman sejagat sejak dulu, kini dan selamanya! Special Guest Appearance: Deanna Nassier 🤩🥳😎 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Ada yang melabelkannya sebagai 'Tiruvasi'. Satu gagasan ideologi yang kononnya dibenarkan atas nama kemajuan progresif dan perkembangan produktiviti industri. Hakikatnya bersama kita bincangkan menerusi perdebatan hangat malam nanti! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Superhero diciptakan Tuhan untuk menolong, membantu malah menyelesaikan masalah sejagat. Namun pernahkah anda termenung sejenak sambil bertanya: Bagaimanakah dengan problem yang dihadapi mereka pula? Apakah yang membelenggu benak dan sanubari Spider-Man atau Batman? Siapakah yang mampu menghulurkan tangan tanda simpati dan empati tatkala Groot dan …
  continue reading
 
Ramai pernah menonton filem-filem adaptasi kisah benar dan biografi hidup yang hadir dengan inspirasi serta semangat tersendiri. Namun dapatkah kita semua membayangkan sekiranya kisah hidup anda pula difilemkan sebagai satu naskah box-office yang hebat?! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/supp…
  continue reading
 
Segmen #NotaNetizen kali ini membawa kita mengenali dan memahami anatomi diri seorang insan yang digelar 'client'. Hadirnya begitu misteri. Sekejap suka, sekejap benci. Namun itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Lex Luthor, Joker, Thanos, Ultron dan semestinya ramai lagi adalah sekadar menyebut beberapa nama popular yang berkhidmat sebagai supervillain sepenuh masa. Persoalannya: Apakah resume dan portfolio yang terkandung dalam akaun @linkedin mereka? --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Anda ada perselisihan faham dengan pasangan anda? Makwe merajuk tak tentu pasal ayam kepci out of stock? Meroyan gila ditinggalkan pakwe sebab main TikTok kuat sangat sampai lupa diri? Chill. Tiada sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan di alam percintaan penuh pancaroba ini! Bersama Panelis Tetap: Deanna Nassier 🌹 --- Support this podcast:…
  continue reading
 
Pernahkah anda terbayangkan di mana Bujang Lapok bertemu Do Re Mi? Da Di Du berjumpa Sepahtu? John Wick bergasak Jefri Zain? Star Wars bertembung Jula Juli Bintang Tiga? Mari kita bentangkan sejarah alternatif yang sememangnya MUSTAHIL DIFILEMKAN SEPANJANG ZAMAN! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincang…
  continue reading
 
Setiap hari bermacam ragam asam garam dan haram perlu kita hadap. Ada kalanya sampai ke tahan brain tak boleh brain. Kekuatan dalaman dan luaran terpaksa dikerah para panelis kali ini dalam segmen #NotaNetizen demi melayan benda-benda boleh membodoh lagi diperbodohkan itu, wahai umat sekalian! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.co…
  continue reading
 
Di atas permintaan krew penerbitan dan tenaga produksi termasuk ramai pendengar setia, maka kami bawakan kembali Ustaz Syafiq Zulakifli untuk segmen soal jawab sukaramai malam Jumaat di seantero pelusuk Clubhouse dan Podcast mayapada ini! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Salam bersua semula menerusi segmen soal jawab cinta sukaramai. Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan tentang percintaan dan perhubungan, panelis pilihan kami akan membantu merungkainya segera.. Asssiiikkk, dong ah! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Di atas permintaan ramai yang terlalu ramai melampau punya ramai, maka malam ini kita bedah bongkar treler rasmi terbaharu filem sekuel @doctorstrangeofficial in the Multiverse of Madnes bersama @fahimzahar @myaksiz 💥 #LIVE #SINEMASANASINI #KEDAIKOMIKONLINE #BENDABOLEHBINCANGSHOW --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/the…
  continue reading
 
Siri bercakap dengan netizen kembali lagi ke udara bersama para panelis popular terkemuka. Hari ini dibicarakan tentang wacana dan wahana sebaran serta pelantaran komunikasi semasa yang terlalu ghairah merencam minda dan nuansa jiwa! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Kita hidup dalam dunia yang semakin rumit, rencam dan runcing. Complex, conflicted dan ada kalanya continuously confusing. Take a chill pill and relax. Step back. Smile. Everything eventually can be solved, gang! #NOTANETIZEN #CNYSPECIAL #GONGXIFACAI 💥💥💥 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/supp…
  continue reading
 
Malam ini kita memperkenalkan satu slot segmen baharu yang akan menjawab segala persoalan anda tentang perkembangan dunia teknologi, multimedia, komputer, metaverse, NFT, ICT, CMS, CPU, USB, API, HTTP, SEO, XML DAN BANYAK LAGI Dikuasakan bersama secara eksklusif oleh Elyzian Interactive ⚡⚡⚡ --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/p…
  continue reading
 
Jackie Chan. Jet Li. Donnie Yen. Chow Yun Fat. Sammo Hung. Bruce Lee dan ramai lagi. Andai anda seorang peminat serta pengikut setia sinema Hong Kong, nama-nama besar di atas pastinya akan meremangkan bulu roma anda! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Jom bercakap pasal style in general. Style berketerampilan. Style berkarya. Gaya bersosial, berhubungan dan sebagainya. Semuanya bakal dibicarakan oleh panel-panel tetap menerusi segmen #NotaNetizen Asal ada style, kita kasi on sampai jadi! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
Kisah hidup beliau belum pernah didokumentasikan menerusi saluran History Channel, National Geographic atau AFC sekalipun. Namun begitu tetamu undangan kita hari ini berjaya mencipta sejarah tersendiri sepanjang kariernya malah wajar diberikan penghormatan sewajarnya! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbi…
  continue reading
 
Siapakah di antara peserta kita dalam segmen #SinemaSanaSini pada malam ini yang bakal dinobatkan sebagai juara sulung dan ulung pengabdi filem terhebat masa kini? Bukti battle bagai buku bertemu ruas. Ibarat jauhari mengenal manikam. Umpama mimpi dalam mimpi! --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangsho…
  continue reading
 
Bila nafsu nafsi bertakhta di minda, beraja di mata dan bersultan di hati.. ke mana akhirnya diri kita nanti? Segmen #NotaNetizen membongkar dogma dan enigma manusiawi dari perspektif kontemporari terkini dalam episod kali ini. --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support…
  continue reading
 
"Jangan nanti keranda yang diusung, baru bercucuran air mata!" Alam Perwira. Juara Wira. Wira Tunggal. Pendekar Laut. Raja Rimba. Dewataraya. Ini komik-komik legendaris Hong Kong yang malar segar serta mempunyai ramai peminat tegar seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Apakah anda di sana pernah terjebak jua? --- Support this podcast: https://po…
  continue reading
 
Segmen sukaramai #FoodFoodieFoodist kembali lagi untuk Majlis Gala Gilang Gemilang Anugerah Fast Food Terhebat Sepanjang Zaman. Bersama kombo pengacara pandu-lalu popular tanahair, FM & AM! ⭐💥📣 --- Support this podcast: https://podcasters.spotify.com/pod/show/thebendabolehbincangshow/support
  continue reading
 
Spider-Man arahan James Cameron, Superman Lives oleh Tim Burton, Batman: Year One karya Darren Aronofsky, Justice League versi George Miller. Serius la ada nak buat filem-filem ni dulu? Ke mana arah tuju dan status projek sejak sekian selama? Atau adakah ia masih marak terbakar di dalam development hell? --- Support this podcast: https://podcasters…
  continue reading
 
Loading …

Pikakäyttöopas